Demi Cinta Sejati, Lelaki Nikah Wanita Tanpa Hidung


Seorang pemuda yang berusia 23 tahun telah membuktikan bahawa dia tidak memandang kecantikan apabila berkahwin dengan seorang gadis yang tidak mempunyai hidung, selepas digigit tikus ketika berusia 29 hari.

Loading...

Keputusan Lin Zhouqiang untuk mengahwini isterinya, Xu Qinqin, 21, telah menjadikan mereka sebagai pasangan contoh yang berjaya mencairkan hati berjuta-juta rakyat China.

Xu, selama ini telah dihina oleh jiran, rakan sekerja dan anggota keluarga sendiri disebabkan kecacatannya itu sehinggalah dia bertemu dengan Lin. Pasangan itu menetap di Sichuan.

Mereka berkahwin bulan lepas.

Menurut ibu Lin, Lin Guangzhen, pada hari kejadian dia telah meletakkan anaknya itu di dalam sebuah bakul di dalam bilik dan keluar rumah, meninggalkan Lin bersama dengan empat adik beradiknya yang lain menuju ke ladang.

Dua jam selepas itu, anak sulungnya telah bergegas mendapatkannya dan memberitahu bahawa hidung Lin telah digigit tikus. Ibunya berlari balik ke rumah dan mendapati darah berlumuran di muka anaknya itu.

Lin terselamat namun mukanya mengalami kecacatan. Dia telah diejek ketika kecil dan terpaksa menamatkan pengajian pada darjah enam. Dia kemudiannya menuju ke Sichuan untuk bekerja di sebuah kilang pakaian.

Lin berkahwin dengan suami pertamanya pada usia 18 tahun namun dua tahun kemudian mereka bercerai.

“Setiap kali kami bergaduh, bekas suami dan keluarganya menyatakan saya menakutkan dan menghalau saya,” katanya yang kemudian memutuskan untuk memencilkan diri.

Hanya internet menjadi penghubung kepada dunia luar dan dari situ dia berkenalan dengan suaminya, Xu yang kebetulan menetap di kampung yang sama.

Xu tidak kisah dengan rupa paras Lin.

“Ia mungkin takdir. Sejak mengenalinya saya dapat merasakan bagaimana sukarnya hidup dia jadi saya memutuskan untuk mengahwininya,” kata Xu. Mereka pertama kali bertentang mata pada 10 Februari lalu.

Memandangkan Xu adalah satu-satunya anak lelaki, keputusannya untuk berkahwin dengan Lin telah mengejutkan keluarganya namun dia bersedia berdepan dengan segala kecaman.

Sumber:Kedahnews.com

Loading...